Dental Carnival Day 2023

Pada 12 dan 13 Ogos 2023 yang lepas telah berlangsungnya Dental Carnival Day 2023 buat julung-julung kalinya. Program ini merupakan anjuran Unit Promosi Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu buat kali pertama. Program telah dirasmikan oleh Dr Thaddius Herman Anak Maling (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Sabah).

Objektif program ini adalah untuk mempromosikan kesihatan pergigian primer dan pakar pergigian khususnya kepada semua lapisan masyarakat khususnya di daerah Kota Kinabalu. Di samping itu program ini turut dapat mengeratkan hubungan antara agensi awam, swasta dan rakan strategik bersama Jabatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu. Progam Dental Carnival Day 2023 turut bertujuan untuk menambahkan lagi penyertaan dari orang awam dari semua lapisan umur untuk aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti pameran kesihatan dan pergigian, pertandingan mewarna pop kuiz dan bercerita. Program ini juga menggalakkan pengunjung khususnya warga Kota Kinabalu untuk melakukan pemeriksaaan pergigian serta meluaskan penyampaian maklumat pendidikan kesihatan pergigian kepada orang awam khususnya masyarakat di Sabah.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat khususnya pengunjung pusat membeli-belah IMAGO. Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat membantu dalam meningkatkan kesedaran orang awam dalam penjagaan kesihatan pergigian.
Jom sama-sama kita saksikan video ulang tayang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung.




SAMBUTAN HARI KELUARGA ANJURAN PIBG SK ST FRANCIS CONVENT (M) KOTA KINABALU

SAMBUTAN HARI KELUARGA ANJURAN PIBG SK ST FRANCIS CONVENT (M) KOTA KINABALU


Terima kasih tidak terhingga buat PIBG SK ST FRANCIS CONVENT (M) KK atas jemputan untuk pihak kami menyertai acara sambutan hari keluarga SK ST FRANCIS CONVENT (M) KK pada hari ini. Program bermula pada 7.30 pagi dan berakhir pada 1 tengahari tadi. Pelbagai aktivit telah dijalankan seperti : 


🔸Ceramah kesihatan pergigian

🔸Pameran pergigian

🔸Permainan interaktif

🔸 Pemeriksaan dan rawatan pergigian


Aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang baik dari para pelajar mahupun ibubapa dan para guru. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha kita mempertingkatkan lagi kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan para pelajar sekolah, ibubapa dan para guru. 


Jumpa lagi di masa akan datang SK ST FRANCIS CONVENT (M) KOTA KINABALU 👋👋



#kinabaludentalteam 

#promosikesihatanpergigiankotakinabalu