Pada 12 dan 13 Ogos 2023 yang lepas telah berlangsungnya Dental Carnival Day 2023 buat julung-julung kalinya. Program ini merupakan anjuran Unit Promosi Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu buat kali pertama. Program telah dirasmikan oleh Dr Thaddius Herman Anak Maling (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Sabah).
Objektif program ini adalah untuk mempromosikan kesihatan pergigian primer dan pakar pergigian khususnya kepada semua lapisan masyarakat khususnya di daerah Kota Kinabalu. Di samping itu program ini turut dapat mengeratkan hubungan antara agensi awam, swasta dan rakan strategik bersama Jabatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu. Progam Dental Carnival Day 2023 turut bertujuan untuk menambahkan lagi penyertaan dari orang awam dari semua lapisan umur untuk aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti pameran kesihatan dan pergigian, pertandingan mewarna pop kuiz dan bercerita. Program ini juga menggalakkan pengunjung khususnya warga Kota Kinabalu untuk melakukan pemeriksaaan pergigian serta meluaskan penyampaian maklumat pendidikan kesihatan pergigian kepada orang awam khususnya masyarakat di Sabah.Jom sama-sama kita saksikan video ulang tayang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung.