Penyakit Gusi

 


Penyakit gusi merupakan salah satu penyakit mulut yang sering dihadapi masyarakat. Namun masih ramai lagi yang tidak dapat membezakan antara penyakit gusi dan karies gigi. 

Penyakit gusi merupakan keradangan gusi dan kemusnahan tulang penyokong gigi yang disebabkan oleh bakteria dan pembentukan plak gigi. 

Tahap penyakit gusi terbahagi kepada dua, iaitu gingivitis sebelum ia menjadi semakin teruk menjadi periodontitis. 

Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah : 
⃘  Gusi bengkak dan berdarah
⃘  Gigi sensitif
⃘  Gusi susut dan akar gigi terdedah
⃘  Nafas berbau
⃘  Gusi bernanah
⃘  Gigi menjadi longgar

Rawatan yang boleh diberikan di klinik pergigian bagi penyakit gusi adalah : 
➧ Penskaleran 
'Root Debridement' (Pembersihan permukaan akar gigi)
➧ Rawatan oleh Doktor Pakar
➮ Pembersihan terbuka
➮ Grafting tulang
➮ Regenerasi tisu terkawal

#gumhealthday2024