Program Senyumku Sihat 2024 "Jom Ramai-ramai Periksa Gigi"

Bersempena lawatan pengarah dan timbalan pengarah pergigian ke negeri Sabah pada 17/5/24 (Jumaat) yang lalu, Jabatan Kesihatan (Pergigian) Negeri Sabah telah melangsungkan Program Senyumku Sihat 2024 yang bertempat di SK Pulau Gaya.

Dengan slogan "Jom Ramai-ramai Periksa Gigi", pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut bagi meningkatkan kesedaran para pelajar dan ibubapa dalam menjaga kesihatan badan dan juga pergigian . Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah :

1. Pemeriksaan dan rawatan pergigian
2. Pameran dan ceramah kesihatan dari
- unit pergigian
- unit vektor
- unit dietitian
- klinik berhenti merokok
3. Pertandingan mewarna bagi pelajar pra-sekolah dan tahun 1

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBrs Dr Natifah Binti Che Salleh selaku Pengarah, Bahagian Penjagaan Kesihatan Pergigian, Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program telah bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 tengahari. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat membantu meningkatkan lagi tahap kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian buat para pelajar dan ibubapa.