Penyakit Gusi
Penjagaan Kebersihan Mulut Ketika Berpuasa
Dilema yang sering terjadi dalam kalangan mereka yang berpuasa adalah mulut berbau setelah beberapa jam berpuasa. Hal ini berlaku apabila reaksi fisiologi badan yang berubah dan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga setelah berkurangnya sumber tenaga dari punca makanan berkarbohidrat.
Bulan Kesedaran Kanser Mulut 2024
Pada bulan Februari yang lepas, telah berlangsungnya Bulan Kesedaran Kanser Mulut bagi tahun 2024. Sambutan ini bermula pada 4 Februari sehingga 29 Februari 2024. Perasmian Bulan Kesedaran Kanser Mulut telah diadakan di Sarawak dan dirasmikan oleh Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noormi Binti Othman.
Bagi peringkat PTJ Kota Kinabalu, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh semua klinik pergigian seperti :
- Ceramah Pergigian
- Saringan Kanser Mulut
- Pameran poster
- Kuiz kanser mulut
- Pertandingan mewarna
Disamping itu, program bersama masyarakat setempat turut diadakan bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat dalam mengenal pasti tanda-tanda awal kanser mulut dengan berkongsi langkah pemeriksaan mulut kendiri di rumah.
Aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat. Antara tempat-tempat yang telah dilawati sepanjang bulan kesedaran kanser mulut adalah Tamu Papar, Tamu Gaya Street dan Kampung Bukit Giling.
Kelainan yang telah dibuat bagi Bulan Kesedaran Kanser Mulut tahun ini adalah, PTJ Kota Kinabalu telah berkerjasama dengan Kupi-Kupi FM dalam menyiarkan satu segmen khas bagi perkongsian buat para pendengar Kupi-Kupi FM akan kepentingan pemeriksaan mulut kendiri dalam mengenal pasti tanda awal kanser mulut.
Diharapkan dengan semua aktiviti yang telah dijalankan dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat akan informasi berkaitan kanser mulut seperti faktor risiko, langkah pemeriksaan kendiri dan tanda-tanda kanser mulut.