Dilema yang sering terjadi dalam kalangan mereka yang berpuasa adalah mulut berbau setelah beberapa jam berpuasa. Hal ini berlaku apabila reaksi fisiologi badan yang berubah dan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga setelah berkurangnya sumber tenaga dari punca makanan berkarbohidrat.
Namun begitu, masalah ini dapat diatasi dan dikurangkan dengan penjagaan kebersihan mulut seperti memberus dan memflos gigi.
Kebiasaannya, masyarakat takut untuk memberus gigi ketika berpuasa kerana khuatir akan terbatalnya puasa tersebut. Hal ini tidaklah benar, kerana puasa seseorang itu tidaklah terbatal selagi mana ubat gigi atau ubat kumur yang digunakan tidak ditelan secara sengaja. Hal ini juga terpakai bagi rawatan-rawatan asas pergigian seperti tampalan, cabutan mahupun penskaleran gigi.
Sama-sama kita jadikan amalan berpuasa bukan sebagai satu penghalang untuk kita mengeratkan lagi hubungan baik sesama masyarakat dalam bulan yang mulia ini.