Ingat hari jadi, ingat doktor gigi

 Hai semua! 👋🏻


Apa yang sering kamu lakukan pada ulang tahun anda? 🤔


🎂 Membeli kek hari jadi dan meniup lilin?

🚗 Pergi ke JPJ untuk memperbaharui lesen memandu?

✈️ Pergi melancong bersama yang tersayang?


Bersempena dengan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2021 yang bertemakan "Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi", marilah kita menjadikan rutin untuk pergi ke klinik gigi yang berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan gigi menjelang hari jadi kita pada setiap tahun 👩🏻‍⚕️🦷👨🏻‍⚕️



Pemeriksaan gigi sekali setahun mampu membantu dalam pengesanan masalah kesihatan pergigian dengan lebih awal dan rawatan pergigian boleh dilakukan sebelum terlambat. Sekiranya tidak dirawat, ia mungkin akan merumitkan rawatan di masa hadapan.

Oleh itu, lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setahun sekali. 

Ingat hari jadi, ingat doktor gigi!

Gigi adalah sepanjang hayat!




Kenali bahan restorasi pergigian

Kini dengan teknologi yang berkembang dengan pesat, terdapat pelbagai jenis bahan pergigian yang ditawarkan, tidak kira di klinik pergigian swasta atau kerajaan. 

Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan dalam rawatan restorasi tampalan pergigian, antaranya seperti amalgam, komposit resin dan juga simen ionomer kaca. Setiap bahan pergigian ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri, yang disesuaikan dengan kegunaan dan keadaan gigi yang dirawat.

Jom ketahui bahan-bahan tampalan pergigian!




1. AMALGAM

  • Amalgam adalah campuran cecair merkuri dan logam (tin, tembaga dan perak)
  • Bahan ini telah lama digunakan sejak tahun 1800
  • Namun, penggunaan bahan ini semakin berkurang disebabkan wujudnya kebimbangan mengenai keracunan toksik merkuri walaupun kadar keracunan toktik adalah sangat minimun dan tidak memudaratkan kesihatan
  • Bahan amalgam ini berwarna perak dan berkilau, menyebabkan ia kurang menarik dari segi estetik dan tidak menjadi pilihan utama orang ramai walaupun harganya lebih murah berbanding bahan pergigian yang lain
  • Bahan ini hanya sesuai digunakan untuk restorasi pergigian gigi molar dan pra molar (gigi belakang) sahaja


2. KOMPOSIT RESIN


  • Komposit resin adalah bahan pergigian yang sering digunakan kerana sifatnya yang mudah dibentuk dan mempunyai ikatan yang kuat dengan struktur gigi
  • Warna bahan ini hampir sama dengan warna asal gigi membuatkan tampalan kelihatan nampak semula jadi berbanding dengan gigi yang ditampal dengan bahan pergigian yang lain
  • Komposit resin adalah bahan pergigian yang sesuai untuk estetik namun bahan ini juga bukanlah sesuai untuk semua jenis restorasi pergigian


3. SIMEN IONOMER KACA (GIC)


  • Simen ionomer kaca adalah bahan pergigian yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti komposit resin namun ia tidak menarik dan estetik berbanding komposit resin
  • Bahan ini mempunyai ikatan yang kuat dengan struktur gigi 
  • Bahan ini juga mampu melepaskan bahan fluorida dan mampu mencegah kerosakan gigi
  • Bahan simen ionomer kaca ini sering digunakan khususnya untuk rawatan gigi susu untuk mengurangkan kadar kerosakan gigi pada kanak-kanak
  • Selain itu, bahan ini juga merupakan penebat yang baik terhadap saraf gigi dan digunakan sebagai lapisan untuk gigi yang mempunya karies yang dalam



Sekian sahaja perkongsian pergigian kita pada hari ini!
Jumpa lagi di masa akan datang!



Semakin usia kita ni meningkat,makin banyak pula penyakit bertambah. Penyakit diabetes atau dipangil kencing manis tidak asing lagi pada kita semua. Kalau dahulu,hanya warga emas saja kita dengar menghidap penyakit diabetes,tetapi hari ini yang masih muda pun sama juga bah.

Tetapi tahukah anda,penyakit diabetes juga berkait dengan pergigian..Mari lihat info di bawah


 PENJAGAAN GIGI DEWASA & WARGA EMAS 照顾大人和老人的口腔健康||





Pakcik Abu dan Pak Imam ingin memberi sedikit informasi tentang jenis-jenis gigi palsu yang dapat memberikan keyakinan diri dan meningkatkan kualiti hidup melalui pengambilan makanan yang lebih sempurna.
Hidup sihat, senyuman cantik.

Uncle Abu and Uncle Imam has a little information regarding dentures or fake teeth to share with you, that is able to build their self confidence and increase their quality of life by being able to eat food better.
Good life, beautiful smile.

阿布先生和亿曼先生有写关于假牙的资讯要于你们分享,他们重新找到自信和提高了生活素质因为他们能更好的吸收营养。
好的生活,笑得漂亮

 

AGP atau Aerosol Generating Procedure adalah prosedur pergigian yang menghasilkan aerosol atau wap air. Prosedur yang dimaksudkan adalah seperti tamplan,penskaleran,cabutan surgical dan banyak lagi.

Dalam pandemik Covid-19,AGP perlu dilakukan secara berhati-hati agar ianya tidak meningkatkan risiko penularan virus Covid-19.

Maka, kesemua prosedur AGP dilakukan secara temujanji dan hanya beberapa kes dapat dilaksanakan dalam tempoh 1 hari.Secara tidak langsung,ini menyebabkan masa menunggu rawatan menjadi lama. Diharapkan kesemua pesakit kami dapat bersabar dan faham akan keadaan ini.

Bersama kita hentikan penularan Covid-19.💪💪




 


Salam Sejahtera! Tahun ini, kami akan mulakan sesi informasi tentang gigi setiap minggu pertama setiap bulan!

Ikuti kami untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan dan rawatan pergigian yang diberi
Hello! This year, we will kickstart monthly information on dental related topics every first week of the month!
Stay tuned to know more about our service and treatments provided
大家好! 今年开始我们每个月的第一个星期都会与你聊聊关于牙科的咨询!
跟随我们以获得更多牙科治疗和服务的知识




 Tahukah anda kanser mulut adalah kanser ke-6 tertinggi di dunia dan jumlah penghidap kanser mulut di Malaysia semakin meningkat hari ke hari.
Banyak lagi maklumat menarik dan aktiviti-aktiviti online yang kami sediakan bagi meningkatkan pengetahuan anda mengenai kanser mulut terutama dalam minggu kanser mulut yang sedang berlangsung satu negara ini.
Teruskan mengikuti kami untuk lebih lagi info-info dan update menarik mengenai kanser mulut.





Tatacara pemakaian topeng muka



 Kes Covid-19 semakin meningkat hari ke hari maka kita semua haruslah sentiasa mengamalkan 3W(wash,wear and warn) serta elakkan 3C (crowded place,confined space,closed conversation).

Saksikan video tatacara pemakaian topeng muka yang kami sediakan ini dan sama-sama kita amalkan

Minggu Promosi Kesihatan Pergigian datang lagi !!






Mari kita beramai-ramai memeriahkan dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan dan dapatkan hadiah-hadiah untuk dibawa pulang.

Jom,sertai kami di Klinik Pergigian Luyang,Klinik Pergigian Tuaran,Klinik Pergigian UTC, dan Klinik Pergigian Papar sepanjang hari dari 20-27/8/2020 (8 pagi-5 petang).

"NORMA baharu,SENYUMAN baharu"

Mitos Pergigian : Benar atau Palsu [5/10]


Doktor gigi menasihatkan kita agar menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali. Ini bagi mengesan tanda-tanda awal penyakit gigi. Sekiranya penyakit gigi boleh dikesan awal, rawatan intervensi boleh dilaksanakan dengan segera sekaligus mengelakkan gigi daripada menjadi rosak. 

Mencegah lebih baik daripada merawat. 

Dentistry is not expensive, negligence is.