Penyakit Gusi
Penjagaan Kebersihan Mulut Ketika Berpuasa
Dilema yang sering terjadi dalam kalangan mereka yang berpuasa adalah mulut berbau setelah beberapa jam berpuasa. Hal ini berlaku apabila reaksi fisiologi badan yang berubah dan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga setelah berkurangnya sumber tenaga dari punca makanan berkarbohidrat.
Bulan Kesedaran Kanser Mulut 2024
Pada bulan Februari yang lepas, telah berlangsungnya Bulan Kesedaran Kanser Mulut bagi tahun 2024. Sambutan ini bermula pada 4 Februari sehingga 29 Februari 2024. Perasmian Bulan Kesedaran Kanser Mulut telah diadakan di Sarawak dan dirasmikan oleh Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noormi Binti Othman.
Bagi peringkat PTJ Kota Kinabalu, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh semua klinik pergigian seperti :
- Ceramah Pergigian
- Saringan Kanser Mulut
- Pameran poster
- Kuiz kanser mulut
- Pertandingan mewarna
Disamping itu, program bersama masyarakat setempat turut diadakan bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat dalam mengenal pasti tanda-tanda awal kanser mulut dengan berkongsi langkah pemeriksaan mulut kendiri di rumah.
Aktiviti yang telah dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat. Antara tempat-tempat yang telah dilawati sepanjang bulan kesedaran kanser mulut adalah Tamu Papar, Tamu Gaya Street dan Kampung Bukit Giling.
Kelainan yang telah dibuat bagi Bulan Kesedaran Kanser Mulut tahun ini adalah, PTJ Kota Kinabalu telah berkerjasama dengan Kupi-Kupi FM dalam menyiarkan satu segmen khas bagi perkongsian buat para pendengar Kupi-Kupi FM akan kepentingan pemeriksaan mulut kendiri dalam mengenal pasti tanda awal kanser mulut.
Diharapkan dengan semua aktiviti yang telah dijalankan dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan masyarakat akan informasi berkaitan kanser mulut seperti faktor risiko, langkah pemeriksaan kendiri dan tanda-tanda kanser mulut.
Dental Carnival Day 2023
Pada 12 dan 13 Ogos 2023 yang lepas telah berlangsungnya Dental Carnival Day 2023 buat julung-julung kalinya. Program ini merupakan anjuran Unit Promosi Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu buat kali pertama. Program telah dirasmikan oleh Dr Thaddius Herman Anak Maling (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Sabah).
Objektif program ini adalah untuk mempromosikan kesihatan pergigian primer dan pakar pergigian khususnya kepada semua lapisan masyarakat khususnya di daerah Kota Kinabalu. Di samping itu program ini turut dapat mengeratkan hubungan antara agensi awam, swasta dan rakan strategik bersama Jabatan Pergigian Kawasan Kota Kinabalu. Progam Dental Carnival Day 2023 turut bertujuan untuk menambahkan lagi penyertaan dari orang awam dari semua lapisan umur untuk aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti pameran kesihatan dan pergigian, pertandingan mewarna pop kuiz dan bercerita. Program ini juga menggalakkan pengunjung khususnya warga Kota Kinabalu untuk melakukan pemeriksaaan pergigian serta meluaskan penyampaian maklumat pendidikan kesihatan pergigian kepada orang awam khususnya masyarakat di Sabah.SAMBUTAN HARI KELUARGA ANJURAN PIBG SK ST FRANCIS CONVENT (M) KOTA KINABALU
SAMBUTAN HARI KELUARGA ANJURAN PIBG SK ST FRANCIS CONVENT (M) KOTA KINABALU
Terima kasih tidak terhingga buat PIBG SK ST FRANCIS CONVENT (M) KK atas jemputan untuk pihak kami menyertai acara sambutan hari keluarga SK ST FRANCIS CONVENT (M) KK pada hari ini. Program bermula pada 7.30 pagi dan berakhir pada 1 tengahari tadi. Pelbagai aktivit telah dijalankan seperti :
🔸Ceramah kesihatan pergigian
🔸Pameran pergigian
🔸Permainan interaktif
🔸 Pemeriksaan dan rawatan pergigian
Aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang baik dari para pelajar mahupun ibubapa dan para guru. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha kita mempertingkatkan lagi kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan para pelajar sekolah, ibubapa dan para guru.
Jumpa lagi di masa akan datang SK ST FRANCIS CONVENT (M) KOTA KINABALU 👋👋
#kinabaludentalteam
#promosikesihatanpergigiankotakinabalu
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2022
Perbezaan rawatan pergigian sebelum dan semasa pandemik COVID-19
Mari menjaga kesihatan gigi kita!
Bak kata pepatah "mencegah adalah lebih baik dari merawat!", penjagaan kesihatan pergigian adalah penting untuk mencegah masalah pergigian.
Gigi penting untuk pertuturan, mengunyah makanan dan juga untuk keyakinan diri. Seringkali, masalah pergigian tidak dihiraukan sehinggalah ia menyebabkan sakit/nanah/bengkak. Sebenarnya, dengan adanya sifat tanggungjawab untuk mengamalkan penjagaan kesihatan gigi yang baik dan betul, semua masalah ini boleh dielakkan.
Tip amalan penjagaan kesihatan gigi:
1. Pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun dan segera mendapatkan rawatan dari doktor gigi sekiranya mengalami masalah pergigian
- Pemeriksaan pergigian secara berkala membantu dalam pengesanan masalah pergigian dengan lebih awal dan rawatan pergigian boleh dilakukan sebelum terlambat. Sekiranya dibiarkan lama, ia mungkin akan merumitkan lagi rawatan pergigian di masa hadapan
2. Memberus gigi dua kali sehari
- Berus gigi dua kali sehari, pada waktu pagi selepas bangun dan sebelum tidur
- Pastikan anda menggunakan ubat gigi berfluorida
- Fluorida adalah sejenis mineral yang membantu menguatkan lapisan luar gigi yang dikenali sebagai enamel
- Pastikan anda berus dengan teliti di hadapan cermin, ambil sekurang-kurangnya 2 minit untuk memberus gigi
3. Flos gigi setiap hari
- Flos gigi anda untuk membuang kotoran yang terlekat di celah-celah gigi (bahagian yang susah dibersihkan dengan berus gigi)
4. Kurangkan makanan manis
- Makanan manis akan menyebabkan bakteria pada plak gigi untuk menghasilkan asid dan menyebabkan kerosakan gigi
- Selain masalah pergigian, ia juga akan menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis
5. Amalkan pemakanan sihat
- Makan makanan secara seimbang, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan pengambilan gula
Kenapa gigi susu penting?
⚠️ Ramai ibu bapa yang menganggap gigi susu itu tidak penting kerana ia akan tanggal dan diganti dengan gigi kekal walhal gigi susu perlu diberi keutamaan.
🦷 Gigi susu membantu dalam kesihatan dan perkembangan anak. Kesihatan anak akan terjejas akibat gigi yang rosak dan menyebabkan sakit gigi/bengkak/nanah.
🦷 Gigi susu ini akan membantu mengekalkan ruang gigi untuk menjadi panduan kepada pertumbuhan gigi kekal pada posisi yang sepatutnya. Tetapi apabila gigi susu hilang awal, ini akan menyebabkan gigi tumbuh secara "berlapis" atau "tidak lurus" ataupun tidak tumbuh kerana tidak mempunyai ruang.
🦷 Gigi susu amat penting untuk bertutur dengan jelas. Ini adalah penting untuk proses perkembangan mereka. Ini memudahkan mereka untuk belajar dan membaca.
🦷 Gigi susu juga berperanan untuk mengunyah makanan, ia membantu proses penghadaman dan meyumbangkan nutrisi kepada anak yang sedang membesar.
🦷 Gigi susu ini juga penting untuk penampilan diri mereka agar tidak diejek "gigi hitam/gigi buruk" oleh orang lain terutamanya kawan mereka sendiri. Ini akan menggangu emosi anak di usia yang begitu muda lagi. Sekiranya gigi dijaga dengan baik, ini akan meningkatkan keyakinan anak untuk bersosial.
❗️Oleh itu, jagalah gigi anak anda sebelum terlambat!