Perbezaan rawatan pergigian sebelum dan semasa pandemik COVID-19

Penularan wabak COVID-19 telah memberi impak terhadap pelbagai sektor dan ini termasuklah sektor kesihatan pergigian. Pelbagai strategi telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani masalah ini.

Untuk pengetahuan anda semua, kakitangan kesihatan pergigian sentiasa terlibat dalam prosedur kompleks secara rutin. Rawatan pergigian yang menghasilkan aerosol daripada alat pergigian seperti skaler ultrasonik, handpiece berkelajuan tinggi serta alat semburan air ini mengandungi bakteria. Aerosal yang dihasilkan itu juga mungkin mengandungi COVID-19 yang akan mengancamkan kesihatan kakitangan kesihatan pergigian dan juga pesakit-pesakit lain. Oleh itu, Standard Operating Procedure (SOP) rawatan pergigian ini haruslah dipatuhi. 





Norma baharu ini berlaku berikutan penularan wabak COVID-19 yang mudah merebak melalui udara, sentuhan dan air liur. Teknik dan langkah berjaga-jaga yang betul harus diamalkan untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19! #kitajagakita


Mari menjaga kesihatan gigi kita!

Bak kata pepatah "mencegah adalah lebih baik dari merawat!", penjagaan kesihatan pergigian adalah penting untuk mencegah masalah pergigian. 

Gigi penting untuk pertuturan, mengunyah makanan dan juga untuk keyakinan diri. Seringkali, masalah pergigian tidak dihiraukan sehinggalah ia menyebabkan sakit/nanah/bengkak. Sebenarnya, dengan adanya sifat tanggungjawab untuk mengamalkan penjagaan kesihatan gigi yang baik dan betul, semua masalah ini boleh dielakkan.  


Tip amalan penjagaan kesihatan gigi:

1. Pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun dan segera mendapatkan rawatan dari doktor gigi sekiranya mengalami masalah pergigian

  • Pemeriksaan pergigian secara berkala membantu dalam pengesanan masalah pergigian dengan lebih awal dan rawatan pergigian boleh dilakukan sebelum terlambat. Sekiranya dibiarkan lama, ia mungkin akan merumitkan lagi rawatan pergigian di masa hadapan


2. Memberus gigi dua kali sehari

  • Berus gigi dua kali sehari, pada waktu pagi selepas bangun dan sebelum tidur
  • Pastikan anda menggunakan ubat gigi berfluorida
  • Fluorida adalah sejenis mineral yang membantu menguatkan lapisan luar gigi yang dikenali sebagai enamel
  • Pastikan anda berus dengan teliti di hadapan cermin, ambil sekurang-kurangnya 2 minit untuk memberus gigi 


3. Flos gigi setiap hari

  • Flos gigi anda untuk membuang kotoran yang terlekat di celah-celah gigi (bahagian yang susah dibersihkan dengan berus gigi)


4. Kurangkan makanan manis 

  • Makanan manis akan menyebabkan bakteria pada plak gigi untuk menghasilkan asid dan menyebabkan kerosakan gigi
  • Selain masalah pergigian, ia juga akan menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis


5. Amalkan pemakanan sihat

  • Makan makanan secara seimbang, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan pengambilan gula


Penjagaan KESIHATAN pergigian bermula dari penjagaan KEBERSIHAN mulut anda! 





Kenapa gigi susu penting?

⚠️ Ramai ibu bapa yang menganggap gigi susu itu tidak penting kerana ia akan tanggal dan diganti dengan gigi kekal walhal gigi susu perlu diberi keutamaan.

🦷 Gigi susu membantu dalam kesihatan dan perkembangan anak. Kesihatan anak akan terjejas akibat gigi yang rosak dan menyebabkan sakit gigi/bengkak/nanah.

🦷 Gigi susu ini akan membantu mengekalkan ruang gigi untuk menjadi panduan kepada pertumbuhan gigi kekal pada posisi yang sepatutnya. Tetapi apabila gigi susu hilang awal, ini akan menyebabkan gigi tumbuh secara "berlapis" atau "tidak lurus" ataupun tidak tumbuh kerana tidak mempunyai ruang.

🦷 Gigi susu amat penting untuk bertutur dengan jelas. Ini adalah penting untuk proses perkembangan mereka. Ini memudahkan mereka untuk belajar dan membaca. 

🦷 Gigi susu juga berperanan untuk mengunyah makanan, ia membantu proses penghadaman dan meyumbangkan nutrisi kepada anak yang sedang membesar.

🦷 Gigi susu ini juga penting untuk penampilan diri mereka agar tidak diejek "gigi hitam/gigi buruk" oleh orang lain terutamanya kawan mereka sendiri. Ini akan menggangu emosi anak di usia yang begitu muda lagi. Sekiranya gigi dijaga dengan baik, ini akan meningkatkan keyakinan anak untuk bersosial.

❗️Oleh itu, jagalah gigi anak anda sebelum terlambat! 



Bila perlu tukar berus gigi?

Hingga kini, masih ramai lagi yang tidak tahu kepentingan penjagaan berus gigi. Berus gigi harus dijaga dan dibersihkan seperti mana kita menjaga kebersihan mulut agar bakteria tidak melekat pada berus gigi dan membiak. 

⚠️ Tahukah anda? Sekiranya berus gigi tidak ditukar boleh menyebab berlakunya jangkitan mulut atau kerongkong, selesema, batuk dan juga demam. 


🪥 Selain itu, bulu berus gigi yang sudah rosak tidak dapat membersihkan gigi dengan betul. Oleh itu, pastikan bulu berus anda dalam keadaan lurus. 

🪥 Anda digalakkan untuk menukar berus gigi anda setiap tiga bulan atau selepas sebarang jangkitan mulut atau kerongkong. 

🪥 Pastikan anda simpan berus gigi yang telah digunakan itu di tempat yang kering. Jangan letak berus gigi di kawasan yang lembap seperti dekat sinki, untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria pada berus gigi. 


📌 Dengan ini diharapkan anda sentiasa beli berus gigi yang lebih sebagai stok untuk menukar berus gigi apabila perlu! 



Ingat hari jadi, ingat doktor gigi

 Hai semua! 👋🏻


Apa yang sering kamu lakukan pada ulang tahun anda? 🤔


🎂 Membeli kek hari jadi dan meniup lilin?

🚗 Pergi ke JPJ untuk memperbaharui lesen memandu?

✈️ Pergi melancong bersama yang tersayang?


Bersempena dengan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2021 yang bertemakan "Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi", marilah kita menjadikan rutin untuk pergi ke klinik gigi yang berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan gigi menjelang hari jadi kita pada setiap tahun 👩🏻‍⚕️🦷👨🏻‍⚕️



Pemeriksaan gigi sekali setahun mampu membantu dalam pengesanan masalah kesihatan pergigian dengan lebih awal dan rawatan pergigian boleh dilakukan sebelum terlambat. Sekiranya tidak dirawat, ia mungkin akan merumitkan rawatan di masa hadapan.

Oleh itu, lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya setahun sekali. 

Ingat hari jadi, ingat doktor gigi!

Gigi adalah sepanjang hayat!




Kenali bahan restorasi pergigian

Kini dengan teknologi yang berkembang dengan pesat, terdapat pelbagai jenis bahan pergigian yang ditawarkan, tidak kira di klinik pergigian swasta atau kerajaan. 

Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan dalam rawatan restorasi tampalan pergigian, antaranya seperti amalgam, komposit resin dan juga simen ionomer kaca. Setiap bahan pergigian ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri, yang disesuaikan dengan kegunaan dan keadaan gigi yang dirawat.

Jom ketahui bahan-bahan tampalan pergigian!




1. AMALGAM

  • Amalgam adalah campuran cecair merkuri dan logam (tin, tembaga dan perak)
  • Bahan ini telah lama digunakan sejak tahun 1800
  • Namun, penggunaan bahan ini semakin berkurang disebabkan wujudnya kebimbangan mengenai keracunan toksik merkuri walaupun kadar keracunan toktik adalah sangat minimun dan tidak memudaratkan kesihatan
  • Bahan amalgam ini berwarna perak dan berkilau, menyebabkan ia kurang menarik dari segi estetik dan tidak menjadi pilihan utama orang ramai walaupun harganya lebih murah berbanding bahan pergigian yang lain
  • Bahan ini hanya sesuai digunakan untuk restorasi pergigian gigi molar dan pra molar (gigi belakang) sahaja


2. KOMPOSIT RESIN


  • Komposit resin adalah bahan pergigian yang sering digunakan kerana sifatnya yang mudah dibentuk dan mempunyai ikatan yang kuat dengan struktur gigi
  • Warna bahan ini hampir sama dengan warna asal gigi membuatkan tampalan kelihatan nampak semula jadi berbanding dengan gigi yang ditampal dengan bahan pergigian yang lain
  • Komposit resin adalah bahan pergigian yang sesuai untuk estetik namun bahan ini juga bukanlah sesuai untuk semua jenis restorasi pergigian


3. SIMEN IONOMER KACA (GIC)


  • Simen ionomer kaca adalah bahan pergigian yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti komposit resin namun ia tidak menarik dan estetik berbanding komposit resin
  • Bahan ini mempunyai ikatan yang kuat dengan struktur gigi 
  • Bahan ini juga mampu melepaskan bahan fluorida dan mampu mencegah kerosakan gigi
  • Bahan simen ionomer kaca ini sering digunakan khususnya untuk rawatan gigi susu untuk mengurangkan kadar kerosakan gigi pada kanak-kanak
  • Selain itu, bahan ini juga merupakan penebat yang baik terhadap saraf gigi dan digunakan sebagai lapisan untuk gigi yang mempunya karies yang dalam



Sekian sahaja perkongsian pergigian kita pada hari ini!
Jumpa lagi di masa akan datang!



Semakin usia kita ni meningkat,makin banyak pula penyakit bertambah. Penyakit diabetes atau dipangil kencing manis tidak asing lagi pada kita semua. Kalau dahulu,hanya warga emas saja kita dengar menghidap penyakit diabetes,tetapi hari ini yang masih muda pun sama juga bah.

Tetapi tahukah anda,penyakit diabetes juga berkait dengan pergigian..Mari lihat info di bawah


 PENJAGAAN GIGI DEWASA & WARGA EMAS 照顾大人和老人的口腔健康||





Pakcik Abu dan Pak Imam ingin memberi sedikit informasi tentang jenis-jenis gigi palsu yang dapat memberikan keyakinan diri dan meningkatkan kualiti hidup melalui pengambilan makanan yang lebih sempurna.
Hidup sihat, senyuman cantik.

Uncle Abu and Uncle Imam has a little information regarding dentures or fake teeth to share with you, that is able to build their self confidence and increase their quality of life by being able to eat food better.
Good life, beautiful smile.

阿布先生和亿曼先生有写关于假牙的资讯要于你们分享,他们重新找到自信和提高了生活素质因为他们能更好的吸收营养。
好的生活,笑得漂亮

 

AGP atau Aerosol Generating Procedure adalah prosedur pergigian yang menghasilkan aerosol atau wap air. Prosedur yang dimaksudkan adalah seperti tamplan,penskaleran,cabutan surgical dan banyak lagi.

Dalam pandemik Covid-19,AGP perlu dilakukan secara berhati-hati agar ianya tidak meningkatkan risiko penularan virus Covid-19.

Maka, kesemua prosedur AGP dilakukan secara temujanji dan hanya beberapa kes dapat dilaksanakan dalam tempoh 1 hari.Secara tidak langsung,ini menyebabkan masa menunggu rawatan menjadi lama. Diharapkan kesemua pesakit kami dapat bersabar dan faham akan keadaan ini.

Bersama kita hentikan penularan Covid-19.💪💪




 


Salam Sejahtera! Tahun ini, kami akan mulakan sesi informasi tentang gigi setiap minggu pertama setiap bulan!

Ikuti kami untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan dan rawatan pergigian yang diberi
Hello! This year, we will kickstart monthly information on dental related topics every first week of the month!
Stay tuned to know more about our service and treatments provided
大家好! 今年开始我们每个月的第一个星期都会与你聊聊关于牙科的咨询!
跟随我们以获得更多牙科治疗和服务的知识