Tahukah anda kanser mulut adalah kanser ke-6 tertinggi di dunia dan jumlah penghidap kanser mulut di Malaysia semakin meningkat hari ke hari.
Banyak lagi maklumat menarik dan aktiviti-aktiviti online yang kami sediakan bagi meningkatkan pengetahuan anda mengenai kanser mulut terutama dalam minggu kanser mulut yang sedang berlangsung satu negara ini.
Teruskan mengikuti kami untuk lebih lagi info-info dan update menarik mengenai kanser mulut.





Tatacara pemakaian topeng muka



 Kes Covid-19 semakin meningkat hari ke hari maka kita semua haruslah sentiasa mengamalkan 3W(wash,wear and warn) serta elakkan 3C (crowded place,confined space,closed conversation).

Saksikan video tatacara pemakaian topeng muka yang kami sediakan ini dan sama-sama kita amalkan

Minggu Promosi Kesihatan Pergigian datang lagi !!






Mari kita beramai-ramai memeriahkan dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan dan dapatkan hadiah-hadiah untuk dibawa pulang.

Jom,sertai kami di Klinik Pergigian Luyang,Klinik Pergigian Tuaran,Klinik Pergigian UTC, dan Klinik Pergigian Papar sepanjang hari dari 20-27/8/2020 (8 pagi-5 petang).

"NORMA baharu,SENYUMAN baharu"

Mitos Pergigian : Benar atau Palsu [5/10]


Doktor gigi menasihatkan kita agar menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali. Ini bagi mengesan tanda-tanda awal penyakit gigi. Sekiranya penyakit gigi boleh dikesan awal, rawatan intervensi boleh dilaksanakan dengan segera sekaligus mengelakkan gigi daripada menjadi rosak. 

Mencegah lebih baik daripada merawat. 

Dentistry is not expensive, negligence is.

Mitos Pergigian : Benar atau Palsu [4/10]



"Nenek dah tua, banyak gigi rosak."
"Makin tua ni, gigi makin banyak yang longgar."

Ramai yang beranggapan bahawa gigi akan menjadi rosak dengan sendiri apabila semakin meningkat usia. Kenyataan ini seolah-olah membawa maksud bahawa penuaan adalah salah satu faktor kerosakan gigi. 

Ini adalah tidak benar sama sekali. Kesihatan gigi yang baik boleh dikekalkan sepanjang hayat sekiranya dijaga dengan baik. Penjagaan gigi adalah semudah ini:

1) Memberus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
2) Menggunakan flos untuk membersihkan celah gigi.
3) Mengurangkan pengambilan makanan manis.
4) Menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.

Mitos Pergigian : Benar atau Palsu? [3/10]

Ini adalah tidak benar sama sekali. Memberus gigi dengan kuat atau dengan frekuensi yang kerap menggunakan berus yang kasar akan medatangkan lebih mudarat berbanding kebaikan. Permukaan enamel gigi boleh terhakis sekiranya diberus dengan berlebihan. Ini akan menyebabkan gigi menjadi lebih sensitif. Selain itu, gusi juga akan menyusut sekiranya diberus dengan kasar.

Untuk mendapatkan hasil yang optimum, teknik yang betul ketika memberus gigi adalah lebih penting berdanding betapa kuatnya anda memberus gigi. Ubat gigi yang sesuai pula adalah ubat gigi yang mempunyai fluorida.

Video ini menunjukkan cara memberus gigi yang betul menggunakan teknik yang dinamakan Modified Bass Technique. Teknik ini sangat disyorkan oleh para pengamal pergigian. Selamat mencuba!

Mitos Pergigian : Benar atau Palsu [2/10]

Ramai yang beranggapan bahawa masalah pergigian yang dialami semasa hamil adalah perkara yang biasa dan tidak perlulah dirisaukan sangat. Tidak kurang juga yang tidak kisah jika setiap kali hamil ada gigi yang rosak dan akhirnya tidak dapat diselamatkan. Ada juga yang berfikiran bahawa ibu mengandung tidak boleh mendapat rawatan pergigian.

Semua tanggapan-tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali!

Perubahan hormon semasa hamil boleh mengakibatkan masalah keradangan gusi jika kebersihan mulut diabaikan. Morning sickness yang teruk pada awal kehamilan boleh menyebabkan gigi terhakis dan menjadi lebih sensitif. Ada juga ibu-ibu yang cenderung untuk mengambil makanan manis ketika hamil untuk menghilangkan rasa loya. Ini boleh menaikkan risiko untuk mendapat karies gigi, ataupun lebih dikenali sebagai gigi berlubang.

Semua masalah ini boleh diatasi dengan pemeriksaan pergigian. Doktor gigi yang bertauliah akan merawat masalah ini dan akan membantu untuk menyelamatkan gigi sebelum menjadi lebih teruk.
Ibu-ibu yang hamil disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh kehamilan bagi memastikan kesihatan gigi terjaga.

Mitos Pergigian: Benar atau Palsu? [1/10]

Adakah warna natural gigi benar-benar putih? Seputih warna kertas? Hakikatnya, warna sebenar gigi adalah lebih dari sekadar putih sahaja. Lapisan dentin (dalam) gigi berwarna kuning manakala lapisan enamel (luar) berwarna biru kehijauan atau lut cahaya. Ini menyebabkan warna gigi sebenarnya nampak sedikit kekuningan. Tahukah anda bahawa semakin tebal lapisan dentin, semakin kuning juga warna gigi.

Ada yang mempunyai persepsi bahawa gigi yang berwarna kuning adalah tanda-tanda masalah pergigian. Gigi yang secara naturalnya berwarna kuning adalah gigi yang sihat, sesihat gigi yang berwarna putih.

Apakah sebab-sebab yang boleh membuatkan gigi menjadi lebih kuning dari biasa? Kesan sampingan dari pengambilan kopi dan teh secara berlebihan juga boleh menyebabkan gigi bertukar warna menjadi lebih kuning. Selain daripada itu, proses penuaan juga boleh mengakibatkan gigi kelihatan bertambah kuning.

Oleh itu, boleh kita simpulkan di sini bahawa gigi putih bukanlah berwarna warna "standard" gigi.

Varnis Fluorida


Sapuan Varnis Fluorida

APAKAH ITU VARNIS FLUORIDA?
  • Varnis Fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi. Varnis fluorida adalah cecair likat yang mengandungi bahan fluorida.
SIAPAKAH YANG BOLEH MENYAPU VARNIS FLUORIDA?
  • Sapuan varnis fluorida hendaklah dibuat oleh jururawat pergigian atau  doktor gigi terlatih.
SIAPAKAH YANG SESUAI MENGGUNAKAN VARNIS FLUORIDA?
  • Varnis fluorida adalah disyorkan untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi menghidap penyakit karies gigi terutama kanak-kanak yang kurang pendedahan kepada sumber fluorida (contohnya kanak-kanak yang tinggal di komuniti yang tiada bekalan air berfluorida dan kanak-kanak di kalangan status sosioekonomi yang rendah)
  • Pesakit keperluan khas seperti pesakit yang menjalani rawatan radiasi di bahagian kepala dan leher, ortodontik dan pesakit yang memakan ubat yang boleh mengurangkan aliran air liur
APAKAH KEBAIKAN VARNISH FLUORIDA?
  • Varnis fluorida adalah rawatan klinikal bagi mencegah karies yang cepat, tidak menyakitkan dan selamat bagi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
  • Varnis fluorida penggunaannya mampu mengurangkan anggaran 30% hingga 50% kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak dengan bertindak menguatkan struktur gigi.
  • Sapuan varnis fluorida boleh didapati di klinik-klinik pergigian kerajaan dan swasta.
BAGAIMANAKAH VARNIS FLURODA DILAKUKAN?
  • Gigi akan dibersihkan dengan kain kapas lembut (gauze)
  • Apabila gigi telah dibersihkan sedikit varnis fluorida akan disapu pada permukaan gigi tersebut.
  • Varnis fluorida akan mengeras dan melekat pada permukaan gigi sejurus selepas sapuan.
  • Untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi varnis fluorida boleh disapu sebanyak dua hingga 4 kali setahun.
 

Jadual Pertumbuhan Gigi Si Comel Anda




NASIHAT KEPADA IBU BAPA

1. Mulakan pemeriksaan pergigian anak anda seawal umur 6 bulan lagi bagi mendapatkan maklumat dan nasihat yang tepat daripada staff-staff pergigian 
2. Sentiasa memantau pertumbuhan gigi anak dan dapatkan nasihat sekiranya gigi lambat atau terlalu awal tumbuh dari masa yang sepatutnya 
3. Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan 
4. Bersihkan kawasan dalam mulut dengan kain basah yang bersih 2 kali sehari sekiranya gigi belum tumbuh dan menggunakan berus gigi dan ubat gigi jika gigi sudah tumbuh 
5. Elakkan anak anda tidur sepanjang malam dengan putting tirua/botol susu/susu ibu 
6. Tidak memberi makanan ringan kepada anak 
7. Jangan masukkan air yang manis ke dalam botol susu 
8. Elakkan menyalutkan putting susu dengan manisan seperti madu atau gula 
9. Elakkan mengunyahkan makanan anak sebelum menyuap ke dalam mulut anak anda bagi mengelakkan perpindahkan bakteria dalam mulut anda kepada anak serta menyebabkan jangkitan kuman 
10. Urut kawasan gusi dengan tuala basah yang bersih bagi mengurangkan ketidakselesaan semasa pertumbuhan gigi 
11. Memberikan sesuatu yang selamat dan bersih untuk digigit oleh anak semasa proses gigi tumbuh 
12. Gosok gigi anak anda 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida dalam kuantiti yang bersesuaian dengan umurnya 
13. Sentiasa periksa gigi anak anda sendiri dengan mengangkat bibirnya ke atas