"Nenek dah tua, banyak gigi rosak."
"Makin tua ni, gigi makin banyak yang longgar."
Ramai yang beranggapan bahawa gigi akan menjadi rosak dengan sendiri apabila semakin meningkat usia. Kenyataan ini seolah-olah membawa maksud bahawa penuaan adalah salah satu faktor kerosakan gigi.
Ini adalah tidak benar sama sekali. Kesihatan gigi yang baik boleh dikekalkan sepanjang hayat sekiranya dijaga dengan baik. Penjagaan gigi adalah semudah ini:
1) Memberus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
2) Menggunakan flos untuk membersihkan celah gigi.
3) Mengurangkan pengambilan makanan manis.
4) Menjalani pemeriksaan gigi setiap 6 bulan.