Varnis Fluorida


Sapuan Varnis Fluorida

APAKAH ITU VARNIS FLUORIDA?
  • Varnis Fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi. Varnis fluorida adalah cecair likat yang mengandungi bahan fluorida.
SIAPAKAH YANG BOLEH MENYAPU VARNIS FLUORIDA?
  • Sapuan varnis fluorida hendaklah dibuat oleh jururawat pergigian atau  doktor gigi terlatih.
SIAPAKAH YANG SESUAI MENGGUNAKAN VARNIS FLUORIDA?
  • Varnis fluorida adalah disyorkan untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi menghidap penyakit karies gigi terutama kanak-kanak yang kurang pendedahan kepada sumber fluorida (contohnya kanak-kanak yang tinggal di komuniti yang tiada bekalan air berfluorida dan kanak-kanak di kalangan status sosioekonomi yang rendah)
  • Pesakit keperluan khas seperti pesakit yang menjalani rawatan radiasi di bahagian kepala dan leher, ortodontik dan pesakit yang memakan ubat yang boleh mengurangkan aliran air liur
APAKAH KEBAIKAN VARNISH FLUORIDA?
  • Varnis fluorida adalah rawatan klinikal bagi mencegah karies yang cepat, tidak menyakitkan dan selamat bagi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
  • Varnis fluorida penggunaannya mampu mengurangkan anggaran 30% hingga 50% kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak dengan bertindak menguatkan struktur gigi.
  • Sapuan varnis fluorida boleh didapati di klinik-klinik pergigian kerajaan dan swasta.
BAGAIMANAKAH VARNIS FLURODA DILAKUKAN?
  • Gigi akan dibersihkan dengan kain kapas lembut (gauze)
  • Apabila gigi telah dibersihkan sedikit varnis fluorida akan disapu pada permukaan gigi tersebut.
  • Varnis fluorida akan mengeras dan melekat pada permukaan gigi sejurus selepas sapuan.
  • Untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi varnis fluorida boleh disapu sebanyak dua hingga 4 kali setahun.